Wednesday, October 6, 2010
Tuesday, November 10, 2009
Saturday, June 13, 2009
Friday, June 12, 2009
Tuesday, June 9, 2009
Friday, January 23, 2009
Episode 006-010
Episode 011-015
Episode 016-020
Episode 021-025
Episode 026-030
Episode 031-035
Episode 036-039
Episode 040-045
Episode 046-050
Episode 051-055
Episode 056-060
Episode 061-065
Episode 066-070
Episode 071-075
Episode 076-077
Episode 078-079
Episode 080-085
Episode 086-87
Episode 088
Episode 089
Episode 090
Episode 091
Episode 092
More Naruto
Thursday, January 22, 2009
12 tahun sebelum peristiwa-peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor rubah syaitan berekor sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐) menyerang Konohagakure (Kampung Daun). Musang tersebut mengakibatkan nyawa beratus-ratus orang terkorban serta kemusnahan harta benda di kampung tersebut. Akhirnya, ketua kampung Hokage Keempat, mengorbankan dirinya untuk menewaskan raksasa terebut dan mengurung semangatnya dalam badan seorang bayi. Bayi tersebut ialah watak utama siri ini, Uzumaki Naruto.
Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya,Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang sensei yang bernama Hatake Kakashi.
Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan. Kedua satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto, ataupun sebenarnya, musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto.